Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Industri spa, PKU dan urutan Malaysia diingat tidak langgar dasar, syarat ditetapkan
  • NASIONAL

Industri spa, PKU dan urutan Malaysia diingat tidak langgar dasar, syarat ditetapkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan semua pihak dalam industri spa, pusat kesejahteraan (PKU) dan urutan Malaysia supaya tidak melakukan tindakan yang bercanggah dengan dasar rasmi serta syarat pelaksanaan bagi industri itu.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menilai semula, menarik atau meminda lesen serta penggredan boleh diambil kepada pihak didapati melakukan pelanggaran atau memberikan representasi salah sehingga menjejaskan integriti dasar, piawaian profesionalisme, tadbir urus serta reputasi industri itu.

“Semua pihak diingatkan tidak mengeluarkan kenyataan, representasi awam, promosi atau tindakan yang bercanggah dengan dasar rasmi, syarat pelaksanaan dan ketetapan ditetapkan MOTAC. 

“Sebarang kenyataan atau tindakan sedemikian boleh dipertimbangkan untuk tindakan sewajarnya selaras dengan kuasa pentadbiran, garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

MOTAC memaklumkan pelaksanaan program pengiktirafan, pensijilan, penggredan, latihan dan penglibatan mana-mana pihak dalam industri itu tertakluk sepenuhnya kepada garis panduan rasmi. 

Antara garis panduan yang berkuat kuasa ialah Garis Panduan Penggredan Spa, Garis Panduan Penggredan Pusat Kesejahteraan (PKU) dan Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Urutan Malaysia.

“MOTAC kekal komited memastikan pembangunan industri spa, kesejahteraan dan Urutan Malaysia dilaksanakan secara profesional, berintegriti, telus serta selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai kesejahteraan rakyat, ihsan dan kemampanan industri,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kes pelaburan RM1.1 bilion: Rafizi hadir beri keterangan kepada SPRM
Next: Perodua rancang pengeluaran model Ativa hibrid secara tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.