Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perodua rancang pengeluaran model Ativa hibrid secara tempatan
  • NASIONAL

Perodua rancang pengeluaran model Ativa hibrid secara tempatan

Utusan Sarawak 9 hours ago
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad pada sidang media selepas lawatan di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini.

RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merancang untuk melakukan pengeluaran model Ativa hibrid secara tempatan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Sehubungan itu, pengeluar automotif nasional itu sedang memuktamadkan perbincangan membabitkan perkara termasuk aspek tempoh pengeluaran selain penetapan harga dan butiran lain.

“Sebaik sahaja dapat memuktamadkan perkara-perkara berkaitan, kami akan membuat pengumuman rasmi kemudiannya.

“Apa yang pasti, model Ativa hibrid ini akan dikeluarkan di peringkat tempatan,” katanya pada sidang media bersempena lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata ke kilang Perodua di sini, hari ini.

Perodua Ativa merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak segmen B dengan lima tempat duduk yang diperkenalkan pada Mac 2021, sekali gus menjadi kenderaan pengecas turbo pertama Perodua dan menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT).

Kenderaan yang dibina atas platform model Daihatsu Rocky dan Toyota Raize, juga berteraskan penggunaan enjin turbo 1.0 liter dengan ciri-ciri keselamatan bertaraf tinggi.

Mengulas lanjut projek Ativa hibrid itu, Zainal Abidin berkata Perodua menerima sejumlah kira-kira 1.5 bilion yen (lebih RM37 juta) daripada Global South Fund untuk menyokong teknologi hibrid Jepun di Malaysia.

Bagi kerjasama dengan Daihatsu membabitkan pembangunan kenderaan elektrik, beliau berkata langkah pertama adalah untuk menstabilkan infrastruktur serta keperluan stesen pengecasan di Malaysia.

“Perkara itu masih ada isu memandangkan jumlah stesen pengecasan di negara masih kecil,” katanya.

Daihatsu yang juga pengeluar kereta Jepun, memegang 20 peratus kepentingan dalam Perodua. – Bernama

Continue Reading

Previous: Industri spa, PKU dan urutan Malaysia diingat tidak langgar dasar, syarat ditetapkan
Next: Kerajaan perlu perketat hukuman pemandu mabuk, pengaruh dadah – Yuneswaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.