Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Arkib Negara
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Arkib Negara

Utusan Sarawak 11 hours ago
 YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi pengurusan tertinggi Arkib Negara (ANM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Arkib Negara, Zaidin Mohd Noor di Astana Negeri, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi pengurusan tertinggi Arkib Negara (ANM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Arkib Negara, Zaidin Mohd Noor di Astana Negeri, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi sempena Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada September nanti.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai pelaksanaan rakaman sejarah lisan melibatkan Tun Wan Junaidi sebagai sebahagian usaha mendokumentasikan sejarah serta pengalaman kepimpinan untuk rujukan generasi akan datang.

YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi pengurusan tertinggi Arkib Negara (ANM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Arkib Negara, Zaidin Mohd Noor di Astana Negeri, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Dalam sesi perbincangan tersebut, Tun Wan Junaidi turut menegaskan kepentingan penglibatan penulis tempatan dalam mendokumentasikan sejarah Sarawak agar naratif sejarah negeri ini dapat ditulis dan difahami daripada perspektif masyarakat tempatan sendiri, dan bukan semata-mata melalui sudut pandang pihak luar.

Sebelum itu, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut melihat pameran beberapa bahan cadangan termasuk fail peribadi Tun Wan Junaidi serta dokumen-dokumen berkaitan semasa berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dicadangkan untuk dipamerkan sempena sambutan ulang tahun rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri pada Oktober nanti.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh delegasi Arkib Negara atas kunjungan hormat tersebut serta usaha berterusan dalam memelihara, mendokumentasi dan memperkasa sejarah serta warisan Sarawak demi manfaat masyarakat dan generasi akan datang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: National Geographic Learning perluas kerjasama pendidikan hijau, STEM di Sarawak
Next: Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.