Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tembakan dilepaskan di Senat Filipina ketika senator cuba elak ditahan
  • GLOBAL

Tembakan dilepaskan di Senat Filipina ketika senator cuba elak ditahan

Utusan Sarawak 10 hours ago
SENATOR Filipina Ronald dela Rosa (kiri) memberi isyarat di samping rakan sejawatnya Christopher Go semasa sidang pleno Senat pada hari ketiga beliau berlindung di bangunan Senat di Manila pada 13 Mei 2026. Foto AFP

MANILA: Bunyi tembakan kedengaran di Senat Filipina pada Rabu, tempat seorang anggota dewan perundangan dan bekas ketua polis berlindung selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya berhubung pembunuhan yang berkaitan kempen perang dadah bekas presiden Rodrigo Duterte, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kakitangan Senat, wartawan dan individu lain di dalam bangunan bergegas mencari perlindungan, dengan sebahagian daripada mereka menjerit dan menangis selepas bunyi tembakan kedengaran.

Setiausaha Senat Mark Llandro Mendoza berkata tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan.

ANGGOTA polis tiba ketika orang ramai bertindak balas terhadap bunyi tembakan yang kedengaran di dalam Senat Filipina di Pasay, Metro Manila pada 13 Mei 2026. Foto AFP

Mendoza berkata pegawai penguat kuasa dipercayai daripada Biro Siasatan Nasional (NBI) melepaskan tembakan ketika berundur selepas satu lagi cubaan untuk menahan Senator Ronald Dela Rosa, bekas ketua polis di bawah Duterte gagal.

Bagaimanapun, NBI menafikan menghantar ejen ke Senat susulan cubaan awal untuk menahan Dela Rosa pada Isnin.

Insiden berlaku beberapa jam selepas Dela Rosa, yang digelar Bato atau “Rock”, membuat rayuan di media sosial bagi mendapatkan sokongan awam untuk menentang penahanannya.

AHLI-ahli Senat Filipina yang terperangkap bercakap kepada media selepas insiden berbalas tembakan di dalam Senat Filipina di Pasay, Metro Manila pada 13 Mei 2026. Foto AFP

“Saya merayu kepada anda. Saya harap anda dapat membantu saya. Jangan benarkan seorang lagi rakyat Filipina dibawa ke The Hague,” kata Dela Rosa dalam video yang dimuat naik di Facebook.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr mengarahkan siasatan berhubung insiden itu, sambil menegaskan beliau tidak mengeluarkan arahan kepada NBI untuk melaksanakan waran tangkap ICC terhadap Dela Rosa.

“Kerajaan tidak melakukan perkara ini. Tiada anggota tentera, pihak tentera atau anggota NBI memasuki Senat. Kami tidak tahu siapa yang cuba masuk dan disebabkan itu, berlaku tembakan,” kata beliau. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Xi terima kunjungan Trump di Beijing
Next: India hentikan eksport gula sementara hingga September

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.