Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Hassanal iringi anggota rombongan cedera dapatkan rawatan
  • NASIONAL

Tengku Hassanal iringi anggota rombongan cedera dapatkan rawatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto facebook LAHAD DATU Update

KUNDASANG: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengiringi seorang anggota rombongan baginda yang mengalami kecederaan pada kaki untuk mendapatkan rawatan lanjut, di sini semalam.

Setiausaha Sulit kepada Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berkata anggota rombongan itu dibawa menaiki helikopter dari Panalaban atas Gunung Kinabalu ke Klinik Kesihatan Kundasang pada 3.00 petang.

Beliau berkata mengikut jadual asal, Tengku Hassanal dijadualkan turun ke Pondok Timpohon dari Panalaban selepas selesai menawan puncak Gunung Kinabalu pada 9.30 pagi.

“Bagaimanapun, keadaan seorang daripada anggota rombongan yang mengalami kecederaan memerlukan rawatan segera sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Kundasang,” katanya kepada Bernama.

Amir Syaffiq berkata Tengku Hassanal pada awalnya bersemangat untuk turun ke Pondok Timpohon, namun baginda memilih untuk bersama pasukannya dan turut menaiki ambulans ke Klinik Kesihatan Kundasang serta menunggu sehingga rawatan selesai.

Beliau berkata anggota rombongan yang cedera itu telah menerima rawatan daripada pegawai perubatan di klinik berkenaan dan berada dalam keadaan baik. 

Beliau berkata Tengku Hassanal turut menzahirkan penghargaan dan memuji perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh pegawai perubatan dan petugas di Klinik Kesihatan Kundasang.

Terdahulu, Tengku Hassanal yang mengetuai rombongan sempena Ekspedisi Mahkota Borneo berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada 8.45 pagi semalam, selepas tiba di Panalaban pada 3.45 petang Selasa.

 Baginda dijadual berangkat pulang pada 2.00 petang hari ini, selepas menamatkan ekspedisi selama tiga hari berakhir semalam. – Bernama

Continue Reading

Previous: Keselamatan jururawat penting demi penjagaan lebih baik pesakit
Next: Agong terima menghadap pelakon antarbangsa terkenal Fan Bingbing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.