Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Lebih separuh permohonan program Pemutihan Warganegara di Sarawak ditolak
  • TEMPATAN

DUN: Lebih separuh permohonan program Pemutihan Warganegara di Sarawak ditolak

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjawab soalan John Ilus (GPS- Bukit Semuja) di sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Lebih separuh daripada 13,224 permohonan pelbagai dokumen pengenalan diri menerusi program Pemutihan Warganegara Tanpa Dokumen di Sarawak ditolak setakat ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 6,733 permohonan atau 51 peratus tidak diluluskan, manakala 5,776 permohonan atau 44 peratus diluluskan dan 715 kes lagi masih dalam siasatan lanjut.

“Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pasukan Petugas Khas (PPK) yang dipengerusikan bersama Premier Sarawak dan Menteri Dalam Negeri pada 20 Januari 2026.

“Antara faktor permohonan ditolak ialah melibatkan pemegang sijil lahir bawah 12 tahun, pemegang MyKAS, MyPR atau pasport serta individu lahir di luar Sarawak tanpa dokumen lengkap.

“Kes yang masih dalam siasatan lanjut pula membabitkan dokumen tidak lengkap dan keperluan ujian DNA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan John Ilus (GPS- Bukit Semuja) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN hari ini.

Tambah beliau, bagi kawasan DUN Bukit Semuja yang meliputi daerah Serian dan Siburan, sebanyak 339 permohonan diterima dan diproses, dengan 84 diluluskan, 242 ditolak serta 13 lagi masih dalam siasatan lanjut.

“Daripada tujuh kategori permohonan dikenal pasti, kategori individu tanpa dokumen pengenalan diri merekodkan jumlah kelulusan tertinggi iaitu 3,977 kes,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarikei perlukan poliklinik baharu, dewan konvensyen dan kawasan industri moden
Next: DUN: Pemilik tanah di Sarawak digalak mohon projek pertanian SLDB 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.