Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Berlian biru-hijau ‘Ocean Dream’ dilelong pada harga AS$17 juta
  • GLOBAL

Berlian biru-hijau ‘Ocean Dream’ dilelong pada harga AS$17 juta

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEORANG kakitangan Christie’s mempamerkan berlian berbentuk segi tiga berwarna biru-hijau terang seberat 5.50 karat yang dikenali sebagai ‘The Ocean Dream’ semasa pratonton media di rumah lelong Christie’s di Geneva pada 7 Mei 2026. Foto AFP

GENEVA, Switzerland: ‘Ocean Dream,’ berlian biru-hijau terbesar pernah direkodkan, dijual pada harga AS$17 juta (RM81 juta) dalam satu lelongan semalam, menurut rumah lelong Christie’s.

Berlian seberat 5.5 karat itu ditemui di sebuah lombong di Afrika Tengah pada 1990-an dan dinamakan oleh Institusi Smithsonian sebagai antara lapan berlian paling langka di dunia, kata Christie’s dalam kenyataan yang mengumumkan jualan tersebut.

“Batu permata dengan warna dan saiz seperti ini amat sukar ditemukan, dan yang menjadikannya lebih istimewa ialah berlian ini daripada jenis Ia, antara permata semula jadi paling tulen,” menurut kenyataan itu.

Ketua global barang kemas Christie’s, Max Fawcett berkata, berlian hijau semula jadi melebihi satu karat amat jarang ditemukan.

“Menemukan berlian lima karat dengan kualiti dan warna seperti ini benar-benar luar biasa,” katanya.

Berlian biru-hijau terang itu berbentuk segi tiga dan menurut Fawcett, bersaiz “sebesar kuku jari paling kecil anda”.

GAMBAR diambil pada 7 Mei 2026 menunjukkan berlian berbentuk segi tiga berwarna biru-hijau terang seberat 5.50 karat dikenali sebagai ‘The Ocean Dream’. Foto AFP

Ia dijual pada harga 13.6 juta franc Swiss (AS$17.3 juta), sekali gus mencipta rekod baharu bagi berlian biru-hijau yang dilelong.

“Kami pernah menjual batu ini pada 2014 dengan harga AS$8.5 juta. Ia dibeli oleh seorang pengumpul persendirian dari Asia yang amat menghargainya dan pernah memakainya,” katanya.

Lelongan semalam menyaksikan tiga pembida dari pelbagai negara bersaing mendapatkan permata itu, namun pemenangnya memilih untuk kekal tanpa nama, kata Fawcett.

Menurut Christie’s, permata itu pada asalnya dipotong daripada batu kasar seberat 11.70 karat.

Ia kemudian dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi Institusi Smithsonian di Washington, DC pada 2003 sempena pameran Splendor of Diamonds.

Pameran itu menampilkan berlian merah, jingga, kuning, merah jambu, biru, biru-hijau dan putih, termasuk Moussaieff Red seberat 5.11 karat serta De Beers Millennium Star seberat 203.04 karat. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Puluhan maut selepas hujan, ribut landa Uttar Pradesh, India
Next: Pesawat tenaga solar bersejarah Switzerland terhempas ke laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.