Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Puluhan maut selepas hujan, ribut landa Uttar Pradesh, India
  • GLOBAL

Puluhan maut selepas hujan, ribut landa Uttar Pradesh, India

Utusan Sarawak 8 hours ago
PULUHAN maut selepas hujan, ribut landa Uttar Pradesh, India. Foto hiasan.

HYDERABAD: Hujan lebat dan ribut mengorbankan puluhan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak di negeri Uttar Pradesh, utara India.

Menurut laporan portal berita Hindustan Times semalam, angka kematian di seluruh negeri meningkat kepada 56 orang.

Sebanyak 16 kematian dilaporkan di daerah Prayagraj, 16 lagi di Bhadohi, sembilan di Fatehpur dan lima di Budaun.

Angin kencang turut mengakibatkan pokok tumbang serta merosakkan kediaman dan talian elektrik.

Sementara itu, kebanyakan penerbangan ke Delhi dilencongkan ke lapangan terbang Jaipur, Chandigarh dan Lucknow berikutan hujan lebat di wilayah ibu negara India (NCR) semalam, menurut laporan media tempatan.

Jabatan Meteorologi India meramalkan cuaca buruk di utara negara itu yang mungkin menjejaskan beberapa jadual penerbangan, menurut Delhi International Airport Limited dalam satu nasihat perjalanan pada petang Rabu.

“Cuaca buruk mungkin menjejaskan operasi penerbangan ke dan dari Delhi,” menurut Air India menerusi hantaran di X.

IndiGo pula memaklumkan operasi penerbangannya turut terjejas akibat cuaca buruk di Delhi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sherpa buka laluan puncak Gunung Everest bagi pendakian musim bunga
Next: Berlian biru-hijau ‘Ocean Dream’ dilelong pada harga AS$17 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.