Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh halang jalan utama ke dua rumah panjang di Mujau Keranggas
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh halang jalan utama ke dua rumah panjang di Mujau Keranggas

Utusan Sarawak 3 hours ago
LALUAN utama yang menghubungkan dua rumah panjang di kawasan Mujau Keranggas terputus akibat kejadian tanah runtuh pagi tadi. Foto APM Betong

BETONG: Laluan utama yang menghubungkan dua rumah panjang di Mujau Keranggas dekat sini terhalang akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku susulan hujan lebat berterusan dari semalam hingga pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Betong menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar 9.31 pagi tadi.

Menurut beliau, pengadu dikenali sebagai Michael memaklumkan terdapat runtuhan tanah yang menutup laluan utama penduduk kampung dan memerlukan tindakan segera pihak berkuasa.

“Susulan laporan diterima, seramai tiga anggota APM Betong telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 9.33 pagi menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LALUAN utama yang menghubungkan dua rumah panjang di kawasan Mujau Keranggas terputus akibat kejadian tanah runtuh pagi tadi. Foto APM Betong

Beliau berkata, anggota yang terlibat dalam operasi tersebut ialah PBT Desmon Fellix Philip, PBT Ericson Banta Sering dan PBT Alix Adrino Jemi.

Katanya lagi, hasil pemantauan di lokasi mendapati kejadian tanah runtuh itu telah menghalang laluan utama yang digunakan penduduk dua rumah panjang berkenaan untuk urusan harian mereka.

“Punca runtuhan dipercayai disebabkan hujan lebat berterusan yang berlaku dari petang semalam hingga pagi tadi sehingga menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil,” jelasnya.

Tambah beliau, kerja pembersihan jalan telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan laluan tersebut kini sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan selepas operasi tamat sepenuhnya pada 12.25 tengah hari tadi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Latihan pertahanan awam tingkat kesedaran keselamatan pelajar di SK Sungai Pasir
Next: Ular sawa batik 4.3 meter ‘sembunyi’ bawah rumah ditangkap APM Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.