Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan pertahanan awam tingkat kesedaran keselamatan pelajar di SK Sungai Pasir
  • Tengah
  • WILAYAH

Latihan pertahanan awam tingkat kesedaran keselamatan pelajar di SK Sungai Pasir

Utusan Sarawak 3 hours ago
SERAMAI 68 pelajar SK Sungai Pasir, Roban menyertai LOA yang dikendalikan oleh anggota APM Daerah Saratok hari ini. Foto: APM Saratok.

ROBAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok telah mengadakan Latihan Orang Awam (LOA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir, Roban pada hari ini bagi meningkatkan pengetahuan asas keselamatan dan kecemasan dalam kalangan warga sekolah.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu menjelaskan, latihan tersebut melibatkan seramai lima anggota APM yang bertanggungjawab menyampaikan beberapa silibus berkaitan keselamatan dan bantuan kecemasan.

SERAMAI 68 pelajar SK Sungai Pasir, Roban menyertai LOA yang dikendalikan oleh anggota APM Daerah Saratok hari ini. Foto: APM Saratok.

Beliau berkata, program itu disertai seramai 68 pelajar, empat guru serta dua Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 79.

Katanya, antara modul yang diajar sepanjang latihan ialah pengendalian kes renjatan, bantuan kecemasan bagi kes tercekik, asas balutan luka dan kepatahan serta pengendalian haiwan reptilia.

“Latihan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada warga sekolah mengenai tindakan yang perlu diambil ketika berdepan situasi kecemasan sebelum bantuan lanjut tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SERAMAI 68 pelajar SK Sungai Pasir, Roban menyertai LOA yang dikendalikan oleh anggota APM Daerah Saratok hari ini. Foto: APM Saratok.

Beliau memaklumkan, kesemua lima anggota APM telah tiba di SK Sungai Pasir, Roban mengikut jadual bagi melaksanakan sesi pengajaran dan demonstrasi kepada peserta.

Menurutnya, sambutan yang diterima daripada pihak sekolah amat menggalakkan dengan para pelajar dan guru memberikan kerjasama baik sepanjang latihan dijalankan.

SERAMAI 68 pelajar SK Sungai Pasir, Roban menyertai LOA yang dikendalikan oleh anggota APM Daerah Saratok hari ini. Foto: APM Saratok.

Sesi latihan dan pengajaran tersebut tamat sepenuhnya 12.30 tengah hari selepas semua silibus yang dirancang berjaya disampaikan kepada peserta.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung dan keseluruhan latihan berjalan dengan lancar serta terkawal.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Perkhidmatan asas di Engkilili perlu dipertingkat segera
Next: Tanah runtuh halang jalan utama ke dua rumah panjang di Mujau Keranggas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.