Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Abdul Halim mula tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini
  • NASIONAL

Abdul Halim mula tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM hari ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bersalaman dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Seri Abdul Halim Aman memulakan tugas secara rasmi hari ini. Foto Facebook Shamsul Azri Abu Bakar

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Seri Abdul Halim Aman memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM, semalam. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdul Halim atas pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu berkuat kuasa pada hari ini.

“Insya-Allah, saya percaya dengan kredibiliti dan pengalaman beliau dalam jalur perundangan akan terus memberikan nilai tambah, memperkukuh peranan serta mengangkat kedudukan SPRM sebagai badan penguat kuasa yang berprestij di dalam dan luar negara. Selamat berkhidmat!” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. 

Shamsul Azri turut berkongsi gambar penyerahan watikah pelantikan Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu. 

Sementara itu, Shamsul Azri juga merakamkan penghargaan kepada Azam dan menyifatkan banyak kejayaan dan reformasi yang telah dilaksanakan dalam menerajui SPRM sebagai badan penguat kuasa yang unggul.

“Jasa bakti Tan Sri (Azam) akan sentiasa dikenang dan semoga terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti selepas ini,” katanya.

Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa pada 13 Mei.

Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan Abdul Halim hari ini secara rasmi melapor diri dan memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Abdul Halim dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026 hingga 12 Mei 2028.

“Seluruh warga SPRM merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada beliau dalam menerajui usaha memperkukuh integriti, tadbir urus serta agenda pembanterasan rasuah negara,” menurut kenyataan itu.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Tengku Hassanal berjaya ‘tawan’ puncak Gunung Kinabalu hari ini
Next: Penduduk Kundasang teruja bertemu Tengku Hassanal, dirai dengan sambutan meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.