Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Taman Negara Bukit Keluan termasuk Air Terjun Three Sisters dicadang diwartakan
  • TEMPATAN

DUN: Taman Negara Bukit Keluan termasuk Air Terjun Three Sisters dicadang diwartakan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Len Talif Salleh menjawab soalan Dennis Ngau (GPS–Telang Usan) di sidang DUN Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini. Foto JAPEN 

PETRA JAYA: Taman Negara Bukit Keluan yang merangkumi kawasan Air Terjun Three Sisters di Ulu Baram sedang dalam proses cadangan pewartaan sebagai kawasan terlindung sepenuhnya bagi memelihara khazanah biodiversiti di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata kawasan cadangan tersebut melibatkan keluasan kira-kira 1,619 hektar yang merangkumi lapan kampung.

“Beberapa siri penilaian biodiversiti telah dijalankan sepanjang 2025 bagi menilai kepelbagaian sumber biodiversiti di kawasan cadangan tersebut.

“Hasil dapatan awal penilaian merekodkan tidak kurang daripada 66 spesies fauna dan 142 spesies flora yang menunjukkan kawasan itu kaya dengan kepelbagaian biodiversiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dennis Ngau (GPS–Telang Usan) di sidang DUN Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini.

Tambah beliau, kawasan cadangan tersebut masih dalam proses pengesahan status tanah sebelum sempadan kawasan dimuktamadkan sepenuhnya.

Katanya, cadangan pewartaan dijangka siap disediakan pada suku ketiga 2026 manakala pelan pembangunan kawasan akan dirangka selepas proses pewartaan selesai.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 4,550 penduduk daripada komuniti Kayan, Kenyah dan Penan di lapan kampung yang terlibat telah dikenal pasti sebagai pemegang taruh dalam proses pewartaan tersebut.

Menurutnya, komuniti terbabit digalakkan menghadiri sesi libat urus yang dianjurkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) selain mengemukakan tuntutan hak adat Bumiputera yang sahih berserta dokumen berkaitan seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 12 Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi 1998.

“Pewartaan kawasan tersebut sebagai kawasan terlindung sepenuhnya akan memberi manfaat dari segi pengurusan yang lebih teratur dan mampan selain melindungi sumber alam serta memulihara biodiversiti,” ujarnya.

Beliau berkata komuniti setempat yang layak juga masih boleh menjalankan aktiviti yang dibenarkan seperti memungut hasil hutan bukan kayu untuk kegunaan sendiri seperti termaktub dalam Jadual Kedua ordinan berkenaan.

Selain itu katanya, masyarakat setempat turut berpeluang terlibat dalam industri ekopelancongan termasuk menyediakan perkhidmatan inap desa, park guide serta penghasilan kraf tangan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak sasar SSL beras 60 peratus menjelang 2030
Next: DUN: Sarawak tubuh jawatankuasa khas perkukuh semak dan imbang Ombudsman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.