United Airlines sambung semula penerbangan terus AS-Venezuela

Facebook
WhatsApp

CARACAS: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), United Airlines mengumumkan pada Selasa bahawa ia merancang menyambung semula penerbangan terus antara AS dan Venezuela bermula 11 Ogos, sekali gus menandakan kembalinya syarikat itu ke laluan berkenaan selepas hampir sedekad, lapor Xinhua.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan mengendalikan penerbangan setiap hari antara Lapangan Terbang Antarabangsa George Bush di Houston dan Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8.

Tiket penerbangan itu telah mula dijual, tertakluk kepada kelulusan kerajaan. 

“Penerbangan ini membuka semula laluan ekonomi penting, mewujudkan peluang perniagaan baharu dan memudahkan keluarga bertemu semula dengan insan tersayang,” menurut United Airlines dalam kenyataan.

Perancangan United Airlines untuk kembali beroperasi itu dibuat selepas American Airlines menyambung semula penerbangan komersial ke Venezuela pada 30 April, perkhidmatan pertama seumpamanya dari AS selepas beberapa tahun digantung. 

United Airlines menggantung perkhidmatan ke Venezuela pada 2017 susulan ketegangan politik antara Washington dan Caracas. – Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos