Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Hassanal dijadual ‘Tawan’ Gunung Kinabalu awal pagi esok
  • NASIONAL

Tengku Hassanal dijadual ‘Tawan’ Gunung Kinabalu awal pagi esok

Utusan Sarawak 6 hours ago
TENGKU Hassanal dijadual ‘Tawan’ Gunung Kinabalu awal pagi esok. Foto Bernama.

KUNDASANG: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama rombongan dijadual memulakan pendakian menuju ke puncak Gunung Kinabalu, seawal 2.30 pagi esok.

Penolong Pengurus Taman, Unit Penyelamatan dan Krisis, Bahagian Operasi dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Julaimin Kamin berkata, baginda bersama rombongan sebelum itu selamat tiba di Kem Panalaban pada 3.45 petang tadi.

Beliau berkata, ekspedisi rombongan berkenaan bermula di Pondok Timpohon pada 8.05 pagi tadi sebelum merentasi beberapa perhentian utama dan kelancaran pergerakan itu membolehkan kesemua ahli rombongan tiba dengan selamat.

GUNUNG Kinabalu.

“Ahli rombongan terakhir seramai dua orang juga telah tiba di Panalaban pada 6.22 petang dalam keadaan selamat, sihat dan baik. Kesemua mereka disajikan makan malam sebelum berehat di bilik masing-masing bermula 7.00 malam bagi memulihkan tenaga.

“Bagi perancangan awal pergerakan esok, ahli rombongan dijadualkan untuk bersarapan pada 2.00 pagi sebelum memulakan pendakian menuju ke puncak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Mengenai pergerakan pendakian, Julaimin menjelaskan jadual pendakian sangat tersusun dan mengikut perancangan awal.

Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut. Pendakian dijadualkan selama dua hari satu malam dan pendaki perlu bermalam di Panalaban sebelum menawan puncak gunung berkenaan.

Terletak dalam Taman Kinabalu seluas 754 kilometer persegi, Gunung Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pertama negara yang diwartakan pada 1964 yang berfungsi sebagai kawasan konservasi biodiversiti.

Kini, Taman Kinabalu mendapat pengiktirafan sebagai kawasan teras dalam Geopark Global UNESCO Kinabalu (KUGGp) melibatkan kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian Ranau.

KUGGp menyerlahkan Gunung Kinabalu yang menjadi identiti negeri Sabah dengan menghubungkan nilai geologi, biologi dan budaya yang membentuk nilai jati diri komuniti setempat. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Liew nafi umum kerajaan pertimbang had 150 liter petrol RON95
Next: Paydibs perkukuh penyertaan dalam ekosistem PayNet dengan akses terus ke DuitNow QR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.