Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Liew nafi umum kerajaan pertimbang had 150 liter petrol RON95
  • NASIONAL

Liew nafi umum kerajaan pertimbang had 150 liter petrol RON95

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Menteri Kewangan Liew Chin Tong menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan International Real Estate Research Symposium (IRERS2026) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan had 150 liter petrol RON95 sebulan di bawah Program Budi MADANI RON95 (BUDI95).

Dalam satu hantaran di media sosial, menteri berkenaan menyatakan bahawa penjelasannya telah disalah tafsir atau diambil di luar konteks.

“Amat malang apabila apa yang saya katakan telah diambil di luar konteks.

“Perlu dijelaskan di sini bahawa saya tidak membuat sebarang pengumuman baharu bagi pihak kerajaan, dan saya juga tidak pernah mengumumkan had 150 liter sebulan berpotensi menjadi dasar kerajaan,” katanya.

Liew berkata, semasa sesi sembang santai di majlis anjuran Affin Bank awal hari ini, beliau telah ditanya mengenai strategi kerajaan untuk menguruskan krisis bekalan global dan telah menjelaskan bahawa BUDI95 adalah mekanisme yang baik kerana ia memberikan data menyeluruh untuk memahami corak perjalanan harian rakyat Malaysia.

“Selain itu, saya menyatakan keutamaan kerajaan dan seluruh masyarakat adalah untuk memastikan kita mempunyai bekalan petrol yang mencukupi untuk tempoh yang paling lama dan kita perlu membina konsensus untuk menyokong usaha penjimatan dalam penggunaan bahan api,” tambah beliau lagi. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan Jaminan Bank ke atas syarikat pelancongan ditangguh ke 1 Januari 2027 – MOTAC
Next: Tengku Hassanal dijadual ‘Tawan’ Gunung Kinabalu awal pagi esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.