Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan Etihad di Chennai dibatalkan selepas sayap pesawat terbakar
  • GLOBAL

Penerbangan Etihad di Chennai dibatalkan selepas sayap pesawat terbakar

Utusan Sarawak 2 hours ago
PENERBANGAN Etihad di Chennai dibatalkan selepas sayap pesawat terbakar. Foto hiasan.

NEW DELHI: Penerbangan Etihad Airways menuju ke Abu Dhabi yang membawa 280 penumpang dibatalkan hari ini selepas kebakaran tercetus pada sayap kiri pesawat sejurus sebelum ia berlepas di lapangan terbang di bandar Chennai, selatan India, menurut beberapa laporan media tempatan.

Semua penumpang berjaya dikeluarkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Laporan memetik pegawai tempatan sebagai berkata juruterbang menyedari kebakaran ketika pesawat sedang bersiap sedia untuk berlepas, sekali gus menyebabkan operasi penerbangan digantung serta-merta dan pasukan bomba serta kecemasan dikerahkan ke lokasi.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dengan segera, sebelum penerbangan dibatalkan.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pakistan: Sekurang-kurangnya sembilan maut, lebih 20 cedera dalam letupan di pasar
Next: Syrian Air sambung semula penerbangan haji dari Damsyik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.