Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • JPW giat laksana program advokasi kes keganasan rumah tangga, perkukuh kesedaran
  • NASIONAL

JPW giat laksana program advokasi kes keganasan rumah tangga, perkukuh kesedaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Hui Ying ketka ditemui pemberita pada Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga/Aku Wanita@KRT hari ini. Foto Bernama.

GEORGE TOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), giat melaksanakan pelbagai program advokasi bagi memperkukuh usaha kesedaran, perlindungan dan bantuan kepada wanita dalam kes keganasan rumah tangga.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, antara program dilaksanakan ialah Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@Keganasan Rumah Tangga atau Aku Wanita@KRT, yang merupakan inisiatif penting dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan berimpak tinggi, berfokus dan berorientasikan penyelesaian.

“Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada wanita, apabila mereka menghadapi keganasan rumah tangga, mereka ada tempat untuk datang laporkan kerana pada masa kini, walaupun kes yang dilaporkan bertambah tetapi dengan tekanan hidup, keluarga, emosi, masih lagi banyak kes yang belum dilaporkan.

“Kita juga telah mewujudkan Perantara Rujukan, Intervensi, Sokongan, Maklumat dan Advokasi untuk Wanita (PRISMAnita) sebagai pusat sehenti, bagi memudahkan wanita mendapatkan bantuan berkaitan pelbagai isu termasuk keganasan rumah tangga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aku Wanita@KRT Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebanyak 400 peserta menghadiri program itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM Mohd Daud Mohd Arif dan Ketua Pengarah JPW Hanani Sapit. 

Lim berkata, kerajaan juga komited dalam membanteras keganasan rumah tangga melalui penggubalan undang-undang, pelaksanaan dasar serta penubuhan mekanisme khusus seperti Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga.

Beliau berkata usaha itu, diperkukuh melalui pendekatan menyeluruh yang merangkumi aspek pencegahan, perlindungan dan pemulihan, sejajar dengan agenda antarabangsa seperti Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) serta Women, Peace and Security (WPS), agenda yang menekankan perlindungan, penyertaan dan pemerkasaan wanita pada peringkat global.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,391 kes keganasan rumah tangga direkodkan pada tahun lepas, meningkat berbanding 7,116 kes pada 2024 dan sebanyak 1,955 kes telah direkodkan sehingga Mac lepas, dengan Pulau Pinang mencatatkan 347 kes.

Beliau menyifatkan peningkatan itu, sebagai satu isyarat jelas bahawa isu keganasan rumah tangga masih memerlukan perhatian serius dan tindakan berterusan daripada semua pihak.

Justeru, beliau berkata usaha pencegahan, intervensi awal dan sistem sokongan kepada mangsa perlu terus diperkukuh bagi memastikan isu tersebut tidak terus berleluasa.

Pada masa sama, Lim berkata, advokasi perlu diperluas agar mesej pencegahan, perlindungan dan sokongan dapat disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

“Macam program hari ini objektif kit, untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya wanita, mengenai risiko keganasan dalam era moden termasuk bentuk-bentuk keganasan yang semakin kompleks.

“Program ini juga bertujuan memperkukuh kefahaman melalui perkongsian maklumat serta kes-kes sebenar, sebagai langkah pencegahan di samping menggalakkan keberanian wanita untuk tampil melaporkan sebarang jenayah serta menyokong mangsa lain yang terkesan,” katanya.

Lim menjelaskan sesi intervensi psikologi ‘K-Chat’ diperkenalkan sebagai pendekatan sokongan berkumpulan yang melibatkan pemandiri, kaunselor serta fasilitator terlatih yang bertujuan membantu peserta memahami serta menangani kesan emosi, psikologi dan sosial akibat keganasan yang dialami, sekali gus memperkukuh proses pemulihan secara menyeluruh.

Pada 2025, program itu telah dilaksanakan di Sabah, Terengganu, Perak dan Johor dengan penyertaan 1,971 peserta serta 78 pemandiri.

Ia diteruskan pada tahun ini dengan diperluaskan ke seluruh negeri melalui kerjasama strategik Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) berikutan sambutan yang amat menggalakkan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga 3.00 petang ini
Next: MTEN gesa PBT, kerajaan negeri kurangkan sewa premis serta-merta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.