Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MTEN gesa PBT, kerajaan negeri kurangkan sewa premis serta-merta
  • NASIONAL

MTEN gesa PBT, kerajaan negeri kurangkan sewa premis serta-merta

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Foto hiasan. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri di seluruh negara, supaya mengurangkan kadar sewa premis atau kedai di bawah seliaan masing-masing, berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah itu penting, bagi membolehkan peniaga kecil, pengusaha pasar malam dan usahawan mikro bertahan, susulan peningkatan kos operasi yang kini secara purata mencecah antara tujuh hingga 58 peratus daripada keseluruhan kos perniagaan mereka.

“Mereka terdedah kepada aliran tunai yang lemah dan kebergantungan kepada satu sumber pendapatan. Tanpa intervensi, risiko penutupan premis boleh meningkat dengan ketara,” katanya ketika menyampaikan taklimat Krisis Bekalan Global secara dalam talian, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu telah dimulakan agensi Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang melaksanakan pengurangan sewa 20 peratus bagi 7,135 lot premisnya bermula bulan ini.

Sementara itu, Akmal berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula memberikan potongan 50 peratus bagi tapak penjaja terpilih sehingga Disember 2027. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: JPW giat laksana program advokasi kes keganasan rumah tangga, perkukuh kesedaran
Next: Petronas, MISC memeterai perjanjian 20 tahun sewa lima kapal LNG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.