Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • APM Sarikei anjur program derma darah bantu tambah bekalan darah, Sabtu ini
  • KESIHATAN

APM Sarikei anjur program derma darah bantu tambah bekalan darah, Sabtu ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
PROGRAM derma darah akan diadakan di PKOD Sarikei pada Sabtu ini. Foto APM Sarikei

SARIKEI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Sarikei akan menganjurkan program derma darah pada 16 Mei ini sebagai usaha membantu menambah bekalan darah di hospital dan menyemai semangat kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, program tersebut akan bermula pada 9.00 pagi hingga selesai di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei.

“Program derma darah ini diadakan bagi membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan di hospital.

“Pada masa sama, program seperti ini turut dapat memupuk kesedaran masyarakat mengenai pentingnya amalan menderma darah sebagai satu tanggungjawab sosial,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, setiap sumbangan darah yang diberikan mampu membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan atau menjalani prosedur perubatan.

“Program derma darah ini terbuka kepada orang ramai yang memenuhi syarat kelayakan untuk menderma darah.

“Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna dan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Indonesia sahkan kontak rapat kluster hantavirus kapal persiaran negatif virus
Next: MySejahtera akan ditambah baik dengan ‘Disease Tracker’ wabak hantavirus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.