WHO sahkan tujuh kes hantavirus MV Hondius

Facebook
WhatsApp

GENEVA: Tujuh kes jangkitan hantavirus Andes disahkan dalam kalangan individu di atas kapal persiaran MV Hondius, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin, lapor Xinhua.

Jumlah keseluruhan kes bergejala kini mencecah sembilan, selepas seorang penumpang warga Perancis yang dipindahkan dari MV Hondius pada Ahad disahkan positif virus itu, kata Ketua Epidemiologi dan Analisis untuk Tindak Balas (EAR) WHO, Olivier Le Polain dalam sesi langsung media sosial di Geneva.

WHO pada Sabtu memaklumkan bahawa setakat 8 Mei, sebanyak lapan kes bergejala dilaporkan, termasuk tiga kematian. – Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara