Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Lebih 1,900 kes pertikaian tanah adat Bumiputera masih belum selesai di Mahkamah Bumiputera Sarawak
  • TEMPATAN

DUN: Lebih 1,900 kes pertikaian tanah adat Bumiputera masih belum selesai di Mahkamah Bumiputera Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Jefferson Jamit Unyat menjawab soalan Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) pada sidang DUN Ke-19 di Kompleks DUN, Petra Jaya hari ini. Foto Ukas

PETRA JAYA: Sebanyak 1,595 kes pertikaian tanah adat Bumiputera masih belum selesai di Mahkamah Bumiputera Sarawak sehingga 1 Mei 2026, melibatkan tiga peringkat mahkamah.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat berkata secara keseluruhan sebanyak 4,755 kes pertikaian tanah adat Bumiputera telah didaftarkan di Mahkamah Bumiputera Sarawak.

“Kes-kes tersebut dibicarakan di tiga peringkat iaitu Mahkamah Bumiputera Daerah, Mahkamah Bumiputera Residen dan Mahkamah Rayuan Bumiputera Sarawak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,316 kes masih belum selesai di peringkat Mahkamah Bumiputera Daerah, 187 kes di peringkat Mahkamah Bumiputera Residen dan 92 kes di peringkat Mahkamah Rayuan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) pada sidang DUN Ke-19 di Kompleks DUN hari ini.

Dalam pada itu, Jefferson berkata Mahkamah Bumiputera Sarawak turut melaksanakan pelbagai langkah strategik dan berterusan bagi mempercepatkan penyelesaian kes.

Antara inisiatif utama ialah pelaksanaan Program Pembangunan Kapasiti (CBP) yang melibatkan pegawai tadbir, kerani dan peon mahkamah.

“Setakat 30 April 2026, program tersebut telah dilaksanakan di Sri Aman dan Sibu dengan penyertaan dari Bahagian Kapit, melibatkan seramai 40 peserta,” dedahnya.

Selain itu, Mahkamah Bumiputera Sarawak turut mengadakan sesi libat urus dan dialog di peringkat daerah bagi memberi bimbingan langsung kepada kakitangan mahkamah serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Setakat 30 April 2026, sesi ini telah dilaksanakan di Selangau, Sibu dan Limbang dengan penyertaan seramai 70 peserta,” jelasnya.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap pengurusan dan prosedur mahkamah, malah turut memperkukuh keyakinan KMKK serta pegawai mahkamah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak mahu kawal sendiri urusan padi, beras bukan bercanggah undang-undang Persekutuan
Next: DUN: Infrastruktur pengairan dan penyelarasan agensi jadi cabaran utama jelapang padi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.