Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Indonesia sahkan kontak rapat kluster hantavirus kapal persiaran negatif virus
  • KESIHATAN

Indonesia sahkan kontak rapat kluster hantavirus kapal persiaran negatif virus

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini mengesahkan seorang warga asing yang menetap di negara itu dan mempunyai kontak rapat dengan penumpang dijangkiti hantavirus di atas kapal persiaran MV Hondius didapati negatif virus berkenaan.

Pemangku Ketua Pengarah Kawalan Penyakit kementerian itu Andi Saguni berkata pihak berkuasa menerima notifikasi daripada Pusat Fokus Kebangsaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 9.55 malam waktu tempatan, 7 Mei mengenai seorang lelaki warga asing berusia 60 tahun yang menetap di Jakarta Pusat dan mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada mangsa.

“Beliau adalah kontak rapat bagi kes kedua (wanita berusia 69 tahun yang meninggal dunia) dan menaiki penerbangan sama dari Saint Helena ke Johannesburg. Beliau tidak menunjukkan simptom tetapi menghidap hipertensi tidak terkawal dan mempunyai sejarah penggunaan vape (rokok elektronik).

“Bagaimanapun, berdasarkan keputusan makmal, pesakit didapati negatif hantavirus,” katanya pada sidang media pada Isnin, menurut Agensi Berita Antara.

Kes itu dikaitkan dengan kluster jangkitan penyakit pernafasan akut yang dilaporkan di atas kapal persiaran MV Hondius yang belayar merentasi Lautan Atlantik dan Afrika, melibatkan Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS) strain Andes yang dikenali mempunyai kadar kematian tinggi dan penularan menerusi pendedahan kepada tikus.

Andi berkata pesakit itu bagaimanapun masih berada di bawah pemerhatian ketat dan kini dipantau di Hospital Penyakit Berjangkit Sulianti Saroso.

Beliau berkata tiada bukti penularan hantavirus daripada tikus kepada manusia di Indonesia sejak virus itu pertama kali dikesan di negara berkenaan pada 1991.

“HPS lazim ditemukan di Amerika Selatan dan tidak pernah dilaporkan di Indonesia sama ada dalam kalangan manusia atau tikus. Sementara itu, kes hantavirus di Indonesia adalah daripada jenis Demam Berdarah dengan Sindrom Renal (HFRS) yang telah dikesan sejak 1991 dengan strain virus Seoul,” katanya.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Malaysia siap siaga hadapi hantavirus, perkukuh kawalan pintu masuk negara – Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.