Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Monsun Barat Daya bermula 14 Mei, taburan hujan lebih rendah – MetMalaysia
  • NASIONAL

Monsun Barat Daya bermula 14 Mei, taburan hujan lebih rendah – MetMalaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 14 Mei dan berterusan sehingga September ini, susulan angin yang mula bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata sepanjang tempoh itu, kadar kelembapan udara yang rendah lazimnya akan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan di kebanyakan tempat.

Beliau berkata keadaan itu akan menyebabkan negara menerima taburan hujan yang lebih rendah berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan adalah lebih banyak berbanding hari hujan.

“Bagaimanapun, hujan lebat berserta angin kencang dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi berikutan kehadiran fenomena garis badai.

“Ia merupakan barisan ribut petir yang terbentuk di perairan Selat Melaka dan timur Laut Cina Selatan sebelum bergerak ke kawasan daratan akibat daripada penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Mohd Hisham berkata ketika kemuncak monsun berkenaan iaitu pada Julai hingga September,  fenomena jerebu setempat dan rentas sempadan juga boleh berlaku sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka bagi mengurangkan risiko pencemaran jerebu, selain menggalakkan penggunaan air secara berhemat sepanjang musim berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi jabatan atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638. – Bernama

Continue Reading

Previous: Petronas Lubricants Marketing, Blueshark perluas akses perkhidmatan bagi motosikal EV
Next: Kaedah Siasatan Berasaskan Risikan jadi teras siasatan berimpak tinggi SPRM di bawah Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.