Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bicara Santai perkukuh penghayatan agama saudara kita di Matu Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

Bicara Santai perkukuh penghayatan agama saudara kita di Matu Daro

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK ALBUM… Ahli Parlimen, Ahmad Johnie Zawawi merakam kenangan bersama peserta yang menghadiri program Bicara Santai Saudara Kita Daerah Matu Daro yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng, semalam. Foto UKAS

MATU: Seramai 100 peserta menyertai program Bicara Santai Saudara Kita Daerah Matu Daro yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Jemoreng di sini, semalam.

Program anjuran Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Mukah dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah dan Hikmah Cawangan Mukah itu telah dirasmikan Ahli Parlimen, Ahmad Johnie Zawawi.

Program berkenaan menghimpunkan peserta daripada USK Cawangan Matu dan USK Cawangan Daro dalam usaha memperkukuh kefahaman serta penghayatan ilmu agama dalam kalangan Saudara Kita.

Menurut Ahmad Johnie, penganjuran program sedemikian penting bagi membantu saudara kita mendalami ilmu agama secara berterusan sekali gus memperkukuhkan akidah serta membentuk sahsiah terpuji.

“Usaha memperkasakan ilmu agama dalam kalangan saudara kita amat penting supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai Muslim secara lebih menyeluruh,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut.

Beliau berkata, program seumpama itu bukan sahaja memberi pendedahan berkaitan ilmu agama, malah menjadi platform mengeratkan ukhuwah dan hubungan silaturahim dalam komuniti.

Selain menyampaikan amanat, beliau turut meluangkan masa menyantuni peserta menerusi sesi bicara santai yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti kuiz ilmu agama menggunakan aplikasi Kahoot yang memberi pendekatan pembelajaran lebih interaktif dan menarik kepada peserta.

Dalam pada itu, Ahmad Johnie berharap program sedemikian dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasa pembangunan rohani serta kebajikan komuniti saudara kita di kawasan Matu dan Daro.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Marudi bersihkan pokok tumbang halang laluan di Kampung Selejau
Next: Michael Kong gesa projek tebatan banjir di Jalan Mendu dipercepat susulan kelewatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.