Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Marudi bersihkan pokok tumbang halang laluan di Kampung Selejau
  • Utara
  • WILAYAH

APM Marudi bersihkan pokok tumbang halang laluan di Kampung Selejau

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA APM Marudi membersihkan pokok tumbang di Jalan Dabai, Kampung Selejau, Marudi, pagi tadi. Foto APM Marudi

MARUDI: Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang meminta bantuan membersihkan pokok tumbang yang menghalang laluan di Jalan Dabai, Kampung Selejau, di sini, pagi tadi.

Sebaik menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota APM daripada Skuad Bravo bergegas ke lokasi dengan kekuatan empat anggota pada 8.15 pagi.

Setibanya di lokasi, anggota APM menemui pengadu bagi mendapatkan maklumat berkaitan kedudukan pokok tumbang berkenaan sebelum operasi dijalankan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, selepas mendapatkan maklumat, anggota APM segera menjalankan kerja pembersihan serta mengalihkan pokok tumbang tersebut bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan.

Menurut beliau, operasi selesai sepenuhnya pada 9.17 pagi.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Meradong anjur program derma darah sempena Hari Polis ke-219
Next: Bicara Santai perkukuh penghayatan agama saudara kita di Matu Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.