Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dulu kejar populariti, kini cari reda Ilahi – Mahmud Ali Bashah
  • HIBURAN

Dulu kejar populariti, kini cari reda Ilahi – Mahmud Ali Bashah

Utusan Sarawak 4 hours ago
MAHMUD Ali Bashah.

MAKKAH: Pemergian ramai rakan seperjuangan dalam industri hiburan sedikit demi sedikit mengubah cara pelakon Mahmud Ali Bashah melihat kehidupan.

Mahmud, 66, yang hampir empat dekad berkecimpung dalam dunia seni berkata beliau semakin kerap memikirkan soal kematian dan persediaan menuju akhirat.

“Bila umur meningkat, kita mula fikir tentang kematian. Ramai kawan-kawan dalam bidang sama sudah tiada, dari situ timbul kesedaran bahawa hidup ini sementara dan kita kena lebih fikir tentang akhirat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pelakon kelahiran Sarawak itu berkata, kehidupan sebagai anak seni pernah membuatkan dirinya leka mengejar kesibukan dunia dan populariti sehingga kurang memberi perhatian terhadap soal agama.

“Masa muda kita rasa kuat, kadang-kadang angkuh dan leka. Kita fikir soal dunia sahaja tetapi bila umur meningkat dan lihat apa berlaku di sekeliling, kita mula sedar dan cuba berubah mencari reda Allah,” katanya. 

Mahmud yang merupakan antara jemaah haji Malaysia musim 1447H/ 2026M ini berkata pengalaman berada di Tanah Suci memberikan satu ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, selain menimbulkan rasa insaf dalam dirinya.

Beliau berkata, kesedaran untuk menunaikan haji sebenarnya hadir sejak usia 20-an selepas melihat rakan-rakan mengerjakan umrah dan haji, namun beliau terpaksa menunggu lama kerana lewat membuat pendaftaran.

“Alhamdulillah, walaupun menunggu lama dan beberapa kali membuat rayuan, akhirnya Allah jemput juga saya menjadi tetamu-Nya,” katanya.

Selepas 37 tahun aktif dalam dunia lakonan, pelakon yang pernah membintangi filem Anna and the King itu kini memilih untuk kembali menetap di kampung halamannya di Sarawak bagi menjalani kehidupan lebih tenang.

Bagaimanapun, Mahmud berkata, beliau masih terbuka menerima tawaran lakonan yang membawa mesej positif dan memberi manfaat kepada masyarakat. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Cabaran era digital ubah landskap stand-up comedy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.