Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • DUN: Sarawak kekal utuh depani ketidaktentuan global – TYT
  • BISNES

DUN: Sarawak kekal utuh depani ketidaktentuan global – TYT

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Wan Junaidi hadir pada perasmian sempena Persidangan Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Sarawak kekal berada dalam kedudukan ekonomi yang stabil meskipun dunia sedang berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan akibat konflik geopolitik, tekanan ekonomi global dan gangguan rantaian bekalan antarabangsa.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kesan ketidaktentuan global ketika ini turut dirasai rakyat melalui peningkatan kos sara hidup, harga makanan dan kos pengangkutan yang memberi tekanan kepada ekonomi isi rumah.

Namun menurut beliau, Sarawak masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi hasil pengurusan kewangan berhemah, dasar pembangunan yang jelas serta pentadbiran cekap.

“Walaupun banyak negara berdepan cabaran ekonomi yang semakin kompleks, Sarawak masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi hasil pengurusan kewangan berhemah, dasar pembangunan jelas serta pentadbiran yang cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.

Tun Wan Junaidi berkata, pelbagai langkah proaktif yang dilaksanakan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut membantu mengurangkan beban rakyat melalui pelbagai bantuan dan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Menurut beliau, dalam menghadapi cabaran global yang berterusan, semua pihak perlu memperkukuh kerjasama, meningkatkan produktiviti dan mempercepat usaha membangunkan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan.

Katanya, kesejahteraan rakyat juga perlu sentiasa menjadi keutamaan supaya tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) terus menjadi panduan utama dalam menentukan hala tuju pembangunan Sarawak ke arah wilayah maju, mampan dan berpendapatan tinggi.

Katanya, tempoh beberapa tahun sebelum 2030 perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan segala dasar dan perancangan yang dirangka dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat nyata kepada rakyat dan negeri.

“Penekanan perlu terus diberikan kepada pembangunan industri bernilai tinggi, transformasi digital, tenaga bersih, ekonomi hijau dan pembangunan modal insan bagi memperkukuh daya saing ekonomi Sarawak,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi
Next: OPR: BNM dijangka kekal paras semasa 2.75 peratus Julai ini, kekang inflasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.