Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima rasuah RM500,000 
  • MAHKAMAH

Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima rasuah RM500,000 

Utusan Sarawak 7 hours ago
BEKAS pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima rasuah RM500,000 . Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu Teresa Kok Suh Kim serta menerima suapan RM500,000 berhubung perolehan papan pintar, dua tahun lepas.

Edmund Teoh Kheng Yaik, 40, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham pertuduhan, tidak mengaku bersalah,” katanya yang berada di kandang tertuduh dengan memakai kemeja berwarna putih.

Mengikut pertuduhan pertama, Teoh didakwa memperdayakan Kok, 62, sehingga mendorong Ahli Parlimen itu mempercayai bahawa hanya dua sekolah di parlimen berkenaan memohon sumbangan papan pintar interaktif sedangkan tertuduh tahu bahawa sebenarnya terdapat 16 sekolah yang memohon.

Tindakan tertuduh itu didakwa telah mendorong Kok memberikan persetujuan bagi permohonan sumbangan melalui sistem My-Khas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh, yang beliau tidak akan memberikan persetujuan itu sekiranya tidak diperdayakan. – Bernama

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Padah pecah rumah dan lupus harta curi, pemuda hadapi enam pertuduhan di Bau
Next: Tokoh kewangan Islam Daud Bakar, Norliza didakwa pecah amanah lebih RM10 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.