Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas maut selepas 10 hari dirawat akibat kemalangan di Jalan Bau-Kuching
  • KEMALANGAN

Warga emas maut selepas 10 hari dirawat akibat kemalangan di Jalan Bau-Kuching

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEMALANGAN pada 1 Mei lepas membabitkan penunggang basikal dan sebuah Perodua Axia.

BAU: Seorang penunggang basikal warga emas yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Bau-Kuching pada 1 Mei lalu meninggal dunia selepas menerima rawatan selama 10 hari di Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, mangsa yang berumur 72 tahun disahkan meninggal dunia pada 2.18 petang semalam akibat kecederaan traumatik pada bahagian otak.

Beliau berkata, kemalangan pada sekitar 6.00 pagi di Kilometer 1.0 Jalan Bau-Kuching itu membabitkan sebuah Perodua Axia dan sebuah basikal.

Menurutnya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang basikal mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dibawa ke Hospital Bau dan kemudian dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Mohd Haide berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sampel darah kedua-dua pihak telah dihantar ke Jabatan Kimia Kuching untuk analisis, manakala kenderaan yang terlibat akan diperiksa di Puspakom dalam masa terdekat.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas maut kemalangan di Sibu
Next: Lelaki cedera kaki tertusuk besi ketika potong rumput

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.