Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Capaian internet di Asajaya terus jadi keluhan penduduk
  • TEMPATAN

Capaian internet di Asajaya terus jadi keluhan penduduk

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media selepas menghadiri majlis penutupan Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia Milo ke-61 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching, hari ini.

PETRA JAYA: Masalah capaian internet yang lemah di kawasan Samarahan dan Asajaya terus menjadi keluhan penduduk apabila gangguan berulang kali berlaku sehingga menjejaskan urusan harian masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau kecewa apabila masalah itu masih berlaku walaupun kawasan tersebut terletak kurang sejam dari bandar raya Kuching.

Menurutnya, gangguan internet yang berlaku sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan penganjuran program BeliaGoBiz di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang banyak menggunakan sistem pendaftaran secara dalam talian.

“Semalam sehingga hari ini kita menganjurkan program BeliaGoBiz melibatkan ramai belia dan banyak program menggunakan internet untuk pendaftaran dan sebagainya.

“Saya dimaklumkan capaian internet di kawasan Asajaya dan Samarahan memang langsung tidak ada sejak sehari sebelum itu. Telefon saya sendiri pun tidak dapat beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis penutupan Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia Milo Ke-61 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu turut menambah, masalah tersebut turut memberi kesan kepada pengguna di stesen minyak terutama penerima subsidi BUDI95 yang memerlukan capaian internet untuk membuat pembayaran.

“Kalau hendak membeli minyak dan mendapatkan subsidi BUDI, kena ada internet. Kalau tidak, pengguna terpaksa bayar harga tanpa subsidi.

“Di situlah persoalannya, di manakah silapnya? Samarahan dan Asajaya hanya kurang sejam dari Kuching tetapi masalah seperti ini terlalu kerap berlaku,” katanya.

Abdul Karim turut mempersoalkan tindakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menurutnya lebih menumpukan kawasan bandar berbanding luar bandar.

Katanya, keadaan di beberapa kawasan pedalaman seperti Bario dan Ba’kelalan dilihat lebih baik kerana menggunakan sistem berbeza, sedangkan kampung pesisir di Asajaya masih berdepan masalah sama.

“Kawasan seperti Asajaya Laut, Moyan Laut dan Sebandi Matang memang tidak ada internet apabila masuk ke kampung.

“Jangan hanya bersorak mengatakan semuanya bagus sedangkan kampung yang hanya sejam dari bandar raya pun masih tidak dapat diatur dengan baik,” katanya.

Beliau berharap pihak kementerian berkaitan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dapat segera menangani isu tersebut demi kepentingan rakyat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS laksana program vaksinasi besar-besaran, 236 anjing divaksin
Next: Pembangunan inklusif GPS kukuhkan perpaduan, masa depan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.