
KUCHING: Bekas Setiausaha Eksekutif Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Awang Bujang Awang Antek menerima surat penghargaan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selepas hampir dua dekad berkhidmat dengan parti itu semalam.
Datuk Awang Bujang berkata, beliau amat menghargai peluang berkhidmat di bawah tiga Presiden parti yang turut memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dan Premier Sarawak sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif PBB sejak 24 Julai 2006 selama 19 tahun lapan bulan sebelum secara rasmi bersara daripada jawatan itu pada 31 Mac lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan hari ini, beliau turut merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada parti sepanjang tempoh tersebut.
Oleh Connie Chieng