Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita warga emas maut kemalangan di Sibu
  • KEMALANGAN

Wanita warga emas maut kemalangan di Sibu

Utusan Sarawak 17 hours ago
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Kilometer 17.7 Jalan Sibu-Selangau, Lebuh Raya Pan Borneo malam tadi. Foto Bomba

SIBU: Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 17.7 Jalan Sibu-Selangau, Lebuh Raya Pan Borneo malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa yang berumur 66 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan SUV Perodua Aruz disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.49 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri sedang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, dua lagi penumpang cedera manakala pemandu tidak mengalami kecederaan. Kesemua mangsa berusia antara 56 hingga 76 tahun.

“Pemandu lelaki serta tiga penumpang wanita kenderaan pacuan empat roda pula tidak mengalami kecederaan,” menurut jurucakap itu menerusi kenyataan hari ini.

Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa selepas menstabilkan kenderaan yang terbalik mengiring dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat tamat pada 11.14 malam selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pekerja binaan jambatan maut dirempuh lori di Jalan Serdeng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.