Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Hassanal sertai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah
  • NASIONAL

Tengku Hassanal sertai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah

Utusan Sarawak 7 hours ago
TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto Facebook Kesultanan Pahang.

KUANTAN: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah yang dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu ini.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata Tengku Hassanal dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira 1.00 tengah hari Isnin ini sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea.

Beliau berkata menerusi ekspedisi berkenaan, Tengku Hassanal turut dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU), selain pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PELAN Ekspedisi Mahkota Borneo, 11-13 Mei 2026. Foto Facebook Kesultanan Pahang.

“Ekspedisi Mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan Tuanku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara,” katanya menerusi kenyataan media malam ini.

Mohamed Zahari berkata ekspedisi itu juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Pahang dengan Sabah, selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekalan ikan tangkapan laut masih mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.