Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • LHDN galak pembayar cukai mohon e-invois bagi pelepasan cukai individu
  • NASIONAL

LHDN galak pembayar cukai mohon e-invois bagi pelepasan cukai individu

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggalakkan pembayar cukai sebagai pembeli untuk memohon e-invois bagi setiap transaksi perbelanjaan yang berkaitan dengan pelepasan cukai individu bermula tahun ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendekatan itu merupakan langkah proaktif ke arah projek rintis pengisian maklumat pelepasan cukai secara praisi yang berasaskan data transaksi e-invois ke dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2026.

“Bagi tujuan mendapatkan e-invois, pembeli perlu mengemukakan maklumat nombor pengenalan diri atau nombor pengenalan cukai (TIN) kepada penjual bagi membolehkan e-invois dapat dikeluarkan dengan tepat.

“Antara perbelanjaan yang berpotensi untuk dipraisi termasuklah pembelian komputer peribadi atau telefon pintar, perbelanjaan berkaitan gaya hidup, insurans dan yuran taman asuhan kanak-kanak serta kategori pelepasan lain yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan penggunaan e-invois bukan sahaja memudahkan pembeli dalam aspek pengurusan dan penyimpanan rekod, malah semakan juga boleh dilakukan melalui Portal MyInvois bagi setiap transaksi perbelanjaan serta pelepasan cukai.

Pembayar cukai boleh menghubungi LHDN di pejabat LHDN, meja bantuan e-invois LHDN melalui talian 03-8682 8000, MyInvois Live Chat dan e-mel myinvois@hasil.gov.my bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat lanjut berkaitan e-invois. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agrobank tawar diskaun 50 peratus kadar keuntungan pinjaman modal pesawah
Next: Bekalan ikan tangkapan laut masih mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.