Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat RUU akan dibentangkan pada sidang DUN mulai Isnin ini
  • TEMPATAN

Empat RUU akan dibentangkan pada sidang DUN mulai Isnin ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Empat Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada sidanh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung selama lapan hari bermula Isnin ini, 11 hingga 20 Mei ini.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, antaranya ialah RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026, RUU Perbekalan Tambahan (2026) 2026 dan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (Pindaan) 2026.

Katanya, RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026 dan Perbekalan Tambahan (2026) 2026 akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata bacaan pertama bagi kedua-dua RUU tersebut dijadual pada Selasa ini, manakala bacaan kedua dan ketiga akan diadakan pada Khamis, 14 Mei.

“RUU Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (Pindaan) 2026 pula akan dibentangkan pada Selasa, 12 Mei melibatkan bacaan pertama, kedua dan ketiga,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Asfia berkata, pindaan terhadap ordinan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) itu melibatkan perubahan istilah jawatan dalam struktur pengurusan tertinggi organisasi berkenaan.

Menurutnya, istilah ‘Pengurus Besar’ yang digunakan sebelum ini akan dipinda kepada ‘Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan’  selaras dengan amalan pengurusan korporat semasa.

“Kita sebelum ini mengikut sistem British yang menggunakan istilah ‘general manager’, manakala sistem Amerika Syarikat menggunakan CEO atau chief executive officer (ketua pegawai eksekutif).

“Jadi pindaan ini melibatkan perubahan tatanama daripada general manager kepada group chief executive officer,” katanya.

Selain itu, katanya, RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak 2026 turut akan dibentangkan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada Selasa, 12 Mei melibatkan bacaan pertama, kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, beliau berkata persidangan kali ini turut menerima sebanyak 333 soalan daripada 39 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Daripada jumlah tersebut, katanya, sebanyak 254 merupakan soalan untuk jawapan lisan manakala 79 lagi bagi jawapan bertulis.

“Jabatan Premier Sarawak menerima jumlah soalan tertinggi iaitu sebanyak 50 soalan,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Sarawak tidak boleh terus jadi ‘suara yang tidak didengari’ dalam SPR
Next: RUU Lembaga Padi dan Beras Sarawak perkukuh keselamatan makanan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.