Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru perlu diberi pendedahan menyeluruh teknologi AI
  • PENDIDIKAN

Guru perlu diberi pendedahan menyeluruh teknologi AI

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH....Kho (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada Chiew (dua kiri) selepas merasmikan AGM STU Bahagian Sibu, hari ini. Turut kelihatan ialah Chong (kiri).

SIBU: Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pendidikan memerlukan lebih ramai guru diberi latihan dan pendedahan menyeluruh supaya mereka mampu mengaplikasikan teknologi itu secara berkesan di bilik darjah.

Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng berkata, Kesatuan Guru Sarawak (STU) wajar memainkan peranan lebih aktif dengan menganjurkan kursus, bengkel serta program latihan berkaitan AI yang relevan dan praktikal untuk ahli-ahlinya.

“Masih terdapat guru yang tidak berpeluang mengikuti latihan dan pendedahan berkaitan penggunaan AI dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

“Keadaan ini menjadi kekangan kepada mereka untuk mengaplikasikan teknologi tersebut secara berkesan di dalam bilik darjah. Namun, perkara ini bukanlah kelemahan guru, sebaliknya cabaran normal dalam proses peralihan menuju era pendidikan digital,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Sulitnya, Stanley Chiew ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 STU Bahagian Sibu di Kolej Laila Taib, hari ini.

Alice yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkata, perkembangan AI bukan satu ancaman kepada guru, sebaliknya peluang besar untuk membantu memudahkan tugas para pendidik.

“AI tidak akan menggantikan peranan guru kerana nilai kasih sayang, bimbingan moral dan sentuhan kemanusiaan tidak mampu diganti oleh teknologi.

“Sebaliknya, AI boleh menjadi alat sokongan yang membantu guru menjadi lebih efektif, kreatif dan produktif,” katanya.

Menurutnya, teknologi AI mampu membantu guru menyediakan bahan pengajaran dengan lebih cepat dan kreatif, menghasilkan kuiz serta latihan secara automatik, menyediakan nota ringkas, membantu semakan bahasa selain menghasilkan kandungan pembelajaran lebih interaktif mengikut tahap kemampuan pelajar.

Katanya, AI juga dapat membantu mengurangkan beban tugas pentadbiran guru seperti penyediaan laporan, analisis prestasi pelajar, penyusunan data dan dokumentasi sekolah.

“Dengan adanya bantuan teknologi ini, guru dapat memberi lebih tumpuan kepada proses pengajaran, pembangunan sahsiah pelajar serta interaksi secara langsung di dalam bilik darjah,” katanya.

Menyentuh profesion perguruan, Alice berkata, tugas guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah besar dalam membentuk masa depan negara kerana guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah mendidik nilai, membina karakter dan mencorakkan generasi masa depan.

“Kita semua sedar bahawa cabaran yang dihadapi guru pada hari ini jauh lebih kompleks berbanding dahulu.

“Kita sering mendengar isu beban tugas guru yang semakin meningkat apabila ramai guru terpaksa mengimbangi tugas pengajaran dengan pelbagai urusan dokumentasi serta pentadbiran,” tambahnya.

Turut hadir, Penolong Setiausaha Agung STU, Jimmy Chong Kok Kiong serta Pengerusi STU Bahagian Sibu, Kho Kiat Yong.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Anak muda Subis diseru kuasai teknologi dan kemahiran
Next: Pelajar SK St Edmund Limbang lakar kejayaan di Pertandingan TeenEagle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.