Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Anak muda Subis diseru kuasai teknologi dan kemahiran
  • PENDIDIKAN

Anak muda Subis diseru kuasai teknologi dan kemahiran

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

NIAH: Golongan muda di kawasan Subis diseru agar merebut peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang disediakan kerajaan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam menghadapi perubahan dunia yang semakin mencabar dan berasaskan teknologi.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dunia kini berubah dengan amat pantas susulan konflik geopolitik dan peperangan di beberapa negara yang telah menjejaskan ekonomi global, rantaian bekalan dan pasaran dunia.

Menurut beliau, keadaan itu turut memberi kesan kepada Malaysia dan Sarawak sekali gus menuntut rakyat untuk lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Kita tidak boleh terus bergantung kepada cara lama. Kita mesti bijak menyesuaikan diri, meningkatkan ilmu pengetahuan dan memastikan rakyat Sarawak mempunyai peluang yang setara untuk maju,” katanya di Majlis Berjarah Subis di sini malam tadi.

Beliau turut menekankan kepentingan penguasaan teknologi termasuk Artificial Intelligence (AI) yang kini berkembang pesat dan menjadi antara keperluan utama masa depan.

Katanya, teknologi AI bukan sesuatu yang perlu ditakuti, sebaliknya perlu dipelajari dan dimanfaatkan kerana mampu membantu mempercepatkan kerja, meningkatkan kecekapan, mengurangkan kesilapan serta membuka peluang ekonomi baharu.

“Anak-anak muda di kawasan luar bandar seperti Subis perlu bersedia menghadapi perubahan ini agar tidak ketinggalan dalam persaingan masa depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Sarawak amat menitikberatkan pembangunan modal insan kerana kekuatan sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada sumber semula jadi tetapi juga kebolehan rakyatnya.

Jelas beliau, pelbagai inisiatif telah diwujudkan bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk melalui institusi seperti Centre of Technical Excellence Sarawak (Centexs), Sarawak Skills dan i-CATS University College bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa depan.

Tambahnya, pendekatan TVET dan pendidikan teknikal kini membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sarawak untuk menceburi bidang teknologi, ekonomi digital, automasi, tenaga hijau, aeroangkasa dan pelbagai sektor baharu yang sedang berkembang pesat.

Beliau berharap golongan muda khususnya di Subis tidak melepaskan peluang yang disediakan dan terus meningkatkan ilmu serta kemahiran demi masa depan yang lebih cerah.

Oleh Adum Liu

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif pendidikan percuma buka peluang lebih luas kepada anak Sarawak
Next: Guru perlu diberi pendedahan menyeluruh teknologi AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.