Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tapak bersejarah Rumah Api Tanjung Lobang bakal dipertingkatkan
  • Utara
  • WILAYAH

Tapak bersejarah Rumah Api Tanjung Lobang bakal dipertingkatkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
TINJAU… Chiew Choon Man semasa meninjau Rumah Api Tanjung Lobang di Miri.

MIRI: Rumah Api Tanjung Lobang di sini mempunyai nilai sejarah yang penting kepada bandar raya Miri dan berpotensi dipertingkatkan sebagai destinasi pelancongan warisan serta pendidikan sejarah.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, lawatan beliau ke lokasi berkenaan baru-baru ini mendapati beberapa aspek boleh diberi penambahbaikan termasuk penyediaan plak maklumat yang lebih lengkap, interaktif dan terkini untuk pengunjung.

Menurutnya, akses ke rumah api tersebut juga perlu dipermudah memandangkan laluan sedia ada agak terhad kerana hanya boleh diakses melalui kawasan sekolah berhampiran.

“Tapak ini bukan sekadar struktur bersejarah, malah menjadi simbol keberanian seorang wira tempatan, Allahyarham Awang Metali Awang Bakar yang mempertahankan rumah api ini ketika pencerobohan Jepun.

“Beliau kekal setia menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga rumah api sehingga ke akhir hayat sebelum ditemukan enam hari kemudian dan dikebumikan di sisi rumah api tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Chiew berkata, rumah api asal yang dibina oleh British pada era 1930-an telah musnah ketika Perang Dunia Kedua sebelum struktur baharu dibina semula pada 2007 di tapak asal bagi meneruskan fungsi navigasi maritim.

Katanya, kawasan itu turut menempatkan memorial serta tanah perkuburan pekerja industri minyak era perang dunia yang dibangunkan oleh Persatuan Jepun di Miri, sekali gus menambah signifikan sejarah lokasi berkenaan.

Beliau menegaskan usaha pemeliharaan dan penambahbaikan tapak bersejarah seperti Rumah Api Tanjung Lobang penting bagi memastikan generasi akan datang terus mengenali warisan serta sejarah perjuangan bandar raya ini.

“Saya akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk menambah baik kemudahan dan maklumat di lokasi ini supaya lebih ramai pelawat dapat menghargai legasi sejarah Miri,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu pendidik pertama lahirkan generasi berilmu dan berakhlak
Next: Hari Terbuka Sarawak Water galak penggunaan aplikasi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.