Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penduduk sepanjang jalan Mengatai-Buang Abai masih menanti bekalan elektrik, air bersih
  • Utara
  • WILAYAH

Penduduk sepanjang jalan Mengatai-Buang Abai masih menanti bekalan elektrik, air bersih

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada lawatan bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ke Sekolah Kebangsaan (SK) Limpaku Pinang, Limbang, hari ini.

LIMBANG: Pembinaan tiang elektrik baharu serta penyambungan bekalan air bersih di sepanjang jalan baharu Mengatai hingga Buang Abai ke Telahak amat diperlukan dan telah lama dinantikan oleh penduduk di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata permohonan untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air di sepanjang jalan baharu itu telah diutarakan sejak jalan berkenaan siap dibina pada 2023.

“Kita telah memohon supaya tiang elektrik baharu dan penyambungan air dapat dibuat di sepanjang jalan baharu Mengatai hingga Buang Abai.

“Kebanyakan penduduk sudah mula berpindah ke tepi jalan baharu dan membina rumah di kawasan tersebut. Namun, tiang-tiang elektrik masih belum didirikan. Jadi, bagaimana bekalan boleh disalurkan ke rumah-rumah berkenaan? Begitu juga dengan paip bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatan bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ke Sekolah Kebangsaan (SK) Limpaku Pinang, Limbang, hari ini.

Menurutnya, permohonan berkenaan telah lama dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin di Limbang sejak jalan baharu itu dibina pada 2023.

Hasbi berkata ramai penduduk yang sebelum ini menetap di kawasan pesisir sungai telah berpindah ke kawasan jalan baharu tersebut, namun masih belum menikmati kemudahan asas berikutan ketiadaan tiang elektrik utama di sepanjang laluan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di daerah ini ketika ini susulan kerosakan dua daripada 10 set janakuasa milik SESCO Limbang.

Masalah teknikal itu menyebabkan set janakuasa sedia ada tidak dapat menampung permintaan elektrik, sekali gus mengakibatkan sebahagian kawasan berdepan catuan bekalan elektrik.

Bagaimanapun, beliau optimis pelaksanaan projek sistem grid negeri yang sedang giat dibangunkan akan dapat menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: MBKS buka permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan sesi 2026-2028
Next: MQKNSS Betong 2026 serlah bakat qari, hafiz dan seniman khat muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.