Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kontraktor KUTS perlu dikenakan tindakan jika paip terus pecah
  • TEMPATAN

Kontraktor KUTS perlu dikenakan tindakan jika paip terus pecah

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng ketika sidang media mengenai pembukaan permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan sesi 2026-2028.

KUCHING: Kontraktor yang terlibat dalam kerja pembinaan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya insiden paip pecah terus berulang sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk dan peniaga di kawasan terlibat.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, kejadian berulang melibatkan gangguan bekalan air tidak boleh dipandang ringan dan pihak bertanggungjawab perlu lebih berhati-hati dalam pelaksanaan projek.

Menurut beliau, walaupun kesilapan ketika kerja pembinaan mungkin boleh berlaku sekali atau dua kali, masalah sama yang terus berulang akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap pengurusan projek.

“Kalau berlaku sekali mungkin orang boleh maafkan, dua kali orang masih boleh terima, tetapi kalau berulang kali menyebabkan masalah sama, pihak berkuasa perlu melihat perkara ini dengan serius dan lebih berhati-hati.

“Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku begitu sahaja kerana jika tiada tindakan atau penalti, orang tidak akan memberi perhatian serius terhadap isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian paip pecah melibatkan kerja pembinaan projek KUTS di beberapa kawasan sekitar Tabuan Jaya dan Jalan Wan Alwi yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk dan premis perniagaan.

Wee berkata, ketika insiden berlaku, perkara paling penting ialah memastikan tindakan segera diambil untuk membantu rakyat dan memulihkan bekalan air secepat mungkin, bukannya saling menuding jari antara satu sama lain.

Katanya, pihak berkaitan perlu bekerjasama rapat dengan Sarawak Water Sdn Bhd bagi memastikan bantuan termasuk penghantaran bekalan air dapat disalurkan segera kepada kawasan terjejas.

“Apabila orang ramai terkesan, apa yang mereka mahu lihat ialah tindakan segera untuk menyelesaikan masalah, bukannya saling menuding jari.

“Menulis di Facebook atau akhbar tidak akan menyambungkan semula paip atau memulihkan bekalan air. Apa yang penting ialah tindakan pantas membantu rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa projek pembinaan lain turut terpaksa dihentikan sementara selepas menemui utiliti bawah tanah termasuk paip air utama yang tidak dikenal pasti lebih awal.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan kelewatan kerja dan penutupan jalan tertentu demi keselamatan serta mengelakkan kerosakan lebih besar berlaku.

Beliau turut berharap semua pihak yang terlibat dalam projek berskala besar seperti KUTS lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengenal pasti utiliti bawah tanah dengan lebih tepat sebelum kerja dijalankan.

“Sebagai pemimpin dan wakil rakyat, tugas kita ialah menyelesaikan masalah dan membantu rakyat, bukan sekadar menjadikan isu sebagai bahan publisiti,” katanya.

Wee berkata demikian selepas sidang media pengumuman pembukaan permohonan Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan bagi sesi 2026 hingga 2028 di Dewan MBKS, hari ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap tekankan perpaduan, pertahan hak Sarawak di bawah MA63
Next: MPP anjur Kempen Beli Balik di Emart Batu Kawa esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.