Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Wabak hantavirus di kapal persiaran babitkan virus Andes – WHO
  • KESIHATAN

Wabak hantavirus di kapal persiaran babitkan virus Andes – WHO

Utusan Sarawak 3 hours ago
PANDANGAN udara menunjukkan petugas kesihatan membantu pesakit menaiki bot dari kapal persiaran MV Hondius ketika kapal itu berlabuh di perairan luar pelabuhan Praia, ibu negara Cape Verde, pada 6 Mei 2026. Foto AFP.

GENEVA: Lima daripada lapan kes yang dilaporkan di kapal persiaran MV Hondius disahkan sebagai jangkitan hantavirus membabitkan virus Andes, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam, lapor Xinhua.

Wabak di atas kapal persiaran itu menjangkiti lapan orang dan menyebabkan tiga kematian.

Tedros berkata dalam taklimat secara dalam talian bahawa lima individu bergejala disahkan positif menerusi ujian makmal, manakala tiga lagi masih dikategorikan sebagai kes disyaki.

Beliau berkata tiada penumpang atau kru lain di kapal itu menunjukkan gejala ketika ini, sambil memaklumkan WHO sedar mengenai laporan individu lain yang bergejala dan berkemungkinan pernah berhubung dengan seorang daripada penumpang.

Tedros berkata setiap kes terus dipantau rapi oleh pihak berkuasa berkaitan.

Virus Andes, sejenis hantavirus yang jarang ditemukan dan lazimnya terdapat di Amerika Selatan ialah virus bawaan rodensia yang boleh menular secara terhad antara manusia.

Wabak sebelum ini menunjukkan penularan biasanya berlaku melalui kontak rapat dan berpanjangan, khususnya dalam kalangan ahli isi rumah dan petugas kesihatan.

“Memandangkan tempoh inkubasi virus Andes boleh mencecah sehingga enam minggu, terdapat kemungkinan lebih banyak kes dilaporkan,” kata Tedros.

WHO menilai risiko kesihatan awam secara keseluruhan sebagai rendah. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKM pantau rapi perkembangan penularan hantavirus
Next: Argentina berdepan lonjakan kes hantavirus, cetus pertikaian dengan WHO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.