Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hutang RM600 jadi RM19,000 akibat pinjaman ‘along’ di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Hutang RM600 jadi RM19,000 akibat pinjaman ‘along’ di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
 ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin melahirkan kebimbangan serius terhadap ancaman pinjaman wang tanpa lesen atau ‘along’ yang semakin berleluasa susulan satu kes melibatkan seorang wanita dari Stutong Baru yang mendakwa dirinya diganggu dan diugut oleh sindiket pinjaman haram.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin melahirkan kebimbangan serius terhadap ancaman pinjaman wang tanpa lesen atau ‘along’ yang semakin berleluasa susulan satu kes melibatkan seorang wanita dari Stutong Baru yang mendakwa dirinya diganggu dan diugut oleh sindiket pinjaman haram.

Menurut Yap, wanita tersebut mendapatkan bantuannya selepas abang wanita itu didakwa meminjam hanya RM600 daripada pinjaman wang tanpa lesen, namun hutang tersebut kemudiannya meningkat sehingga RM19,000 akibat kadar faedah yang melampau, ugutan dan tuntutan tidak sah.

Beliau berkata keluarga terbabit kini hidup dalam ketakutan selepas menerima ancaman dan gangguan daripada sindiket berkenaan, sambil memaklumkan bahawa dua laporan polis telah dibuat berkaitan kes itu.

Yap berkata kes itu menjadi peringatan bahawa meminjam wang daripada ‘along’ pasti membawa kepada mimpi ngeri.

“Apa yang bermula sebagai pinjaman kecil ketika terdesak akhirnya bertukar menjadi ugutan berpanjangan, penderitaan emosi, keretakan keluarga dan ancaman terhadap keselamatan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan bahawa peminjam wang haram mengambil kesempatan terhadap individu yang menghadapi kesusahan dan memerangkap mangsa dalam kitaran ketakutan serta hutang.

“Tiada jumlah pinjaman yang berbaloi jika terpaksa mengorbankan keselamatan dan ketenangan keluarga,” katanya.

Yap turut menggesa pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes tersebut serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dan ugutan jenayah.

Beliau menegaskan bahawa penduduk perlu dilindungi daripada ancaman, gangguan dan tindakan menyalahi undang-undang oleh sindiket berkenaan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mendapatkan bantuan kewangan daripada pinjaman wang tanpa lessen walau sesukar mana keadaan sekali pun.

“Mungkin wang diperoleh dengan cepat pada peringkat awal, tetapi akibatnya boleh memusnahkan kehidupan. Orang ramai perlu faham bahawa ‘along’ bukan penyelesaian, sebaliknya permulaan kepada bencana yang lebih besar,” katanya.

Yap turut menasihatkan mana-mana individu yang berdepan gangguan daripada pinjaman wang tanpa lesen supaya segera membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan pihak berkuasa daripada terus berdiam diri.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu mencari waris pesakit Tom Apok
Next: MPP agih tong sampah kepada premis di Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.