Hospital Bintulu mencari waris pesakit Tom Apok

Facebook
WhatsApp
TOM Apok kini menerima rawatan di Wad Medical High Dependency (MHDW), Hospital Bintulu dan pihak hospital memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan ahli keluarga atau warisnya.

BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit yang kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Pesakit, Tom Apok, kini menerima rawatan di Wad Medical High Dependency (MHDW), Hospital Bintulu.

Pihak hospital memerlukan maklumat lanjut mengenai waris pesakit bagi tujuan pengurusan seterusnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan ahli keluarga atau waris pesakit diminta untuk hadir ke Hospital Bintulu atau menghubungi talian 086-859000 sambungan 2621.