Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Pelajar SMK Sacred Heart cipta tong pintar AI, berpotensi jadi projek perintis di Pasar Sentral Sibu
  • TEKNOLOGI

Pelajar SMK Sacred Heart cipta tong pintar AI, berpotensi jadi projek perintis di Pasar Sentral Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERMOHONAN…. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pasar dan Peniaga Kecil SMC, Kaunselor Jenny Ting (tiga kiri) menerima surat permohonan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sacred Heart, Yee Hieng Ching. Turut disaksikan oleh ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng dan guru penyelaras pasukan, Wong Lee Bee (tiga kanan) bersama ahli Smart Forge dari SMK Sacred Heart.

SIBU: Usaha pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart membangunkan tong pintar berteknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pengasingan sisa berpotensi mengubah landskap pengurusan kebersihan di Pasar Sentral Sibu apabila ia dicadang menjadi projek perintis bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Inovasi berkenaan dibangunkan di bawah pertandingan ‘Toyota Eco Youth 2026’, dengan SMK Sacred Heart menjadi salah satu daripada hanya dua sekolah dari Sarawak yang disenarai pendek daripada 324 penyertaan seluruh negara.

Pasukan pelajar yang dikenali sebagai Smart Forge diketuai Augustine Sia bersama ahli Lucas Wong, Asher Lim dan Yves Roman Zeus.

Menurut pasukan berkenaan, idea projek itu tercetus selepas mengenal pasti cabaran pengurusan sisa di Pasar Sentral Sibu, khususnya pengasingan sisa organik dan bukan organik yang masih bercampur.

“Kami ingin mencari penyelesaian dengan membangunkan tong pintar untuk membantu pengasingan sisa dengan lebih sistematik,” kata mereka.

Tong pintar itu direka untuk mengasingkan sisa secara automatik termasuk plastik, sisa makanan, botol dan minyak masak terpakai, selain dilengkapi teknologi internet dan AI.

Sistem berkenaan turut menggunakan lampu panduan serta arahan suara bagi membantu pengguna, termasuk warga emas dan kanak-kanak, membuang sisa ke ruang yang betul.

“Apabila siap sepenuhnya, sistem ini boleh memberi maklum balas sama ada berbentuk pujian atau teguran bagi menggalakkan amalan pengasingan sisa yang betul,” jelas mereka.

Kos pembangunan projek tersebut dianggarkan sekitar RM3,721.

Dalam pada itu, guru penyelaras pasukan, Wong Lee Bee, menyerahkan surat permohonan kepada Kaunselor Jenny Ting bagi cadangan penempatan tong pintar berkenaan di Pasar Sentral Sibu sebagai projek perintis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng memuji inovasi tersebut dan menyifatkan pelajar terbabit sebagai ‘saintis muda’ yang menunjukkan potensi besar dalam bidang teknologi dan kelestarian alam sekitar.

“Kerjasama pintar antara MPS dan SMK Sacred Heart ini sangat bermakna dalam usaha meningkatkan kebersihan pasar serta mengurangkan sisa,” katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng serta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pasar dan Peniaga Kecil SMC, Kaunselor Jenny Ting dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sacred Heart, Yee Hieng Ching.

Oleh Akun Giman

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan robotaksi komersial pertama Eropah dilancarkan di Croatia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.