Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM pantau rapi perkembangan penularan hantavirus
  • KESIHATAN

KKM pantau rapi perkembangan penularan hantavirus

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Perasmian CRM Trial Connect 2026.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memantau rapi perkembangan penularan jangkitan hantavirus susulan laporan kes pada peringkat global. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun terdapat laporan penularan jangkitan berpunca dari sebuah kapal persiaran di negara jiran, situasi itu terkawal dan tidak melibatkan rakyat Malaysia. 

“KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini pada peringkat global serta serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. 

Dzulkefly berkata hantavirus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan itu.

“Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus,” katanya. 

Memandangkan sehingga kini tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan itu, beliau berkata langkah pencegahan dan kawalan kendiri merupakan perlindungan paling berkesan.

Beliau menggesa orang ramai memberi perhatian terhadap kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak.

“Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada,” katanya.

Selain itu, Dzulkefly meminta orang ramai merujuk gambar infografik di platform media sosialnya bagi mendapatkan panduan mengenai gejala, cara penularan dan tatacara pembersihan kotoran haiwan yang selamat.

Berdasarkan infografik itu, antara gejala awal jangkitan ialah demam dan menggigil, sakit otot, sakit kepala serta letih dan lesu manakala gejala serius termasuk sesak nafas, tekanan darah rendah serta masalah buah pinggang.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan negara Eropah meningkatkan langkah pemantauan dan pengasingan selepas berlakunya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran berbendera Belanda MV Hondius. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penjagaan paliatif bukan hanya di saat penghujung nyawa – Pakar
Next: Wabak hantavirus di kapal persiaran babitkan virus Andes – WHO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.