Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Niti Daun di Kanowit meriah, lebih 1,000 sertai perarakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Niti Daun di Kanowit meriah, lebih 1,000 sertai perarakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERARAKAN Niti Daun dimulakan dengan penyertaan Dato Sri Aaron Ago Dagang, Anyi Jana, Allan Siden Gramong serta Cerisologo Sabut.

KANOWIT: Perarakan Niti Daun yang julung kali diadakan hari ini berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1,000 peserta melibatkan 35 kontinjen, sekali gus mencipta sejarah baharu bagi Daerah Kanowit.

Seawal pagi, orang ramai mula memenuhi laluan utama pekan bagi menyaksikan perarakan yang mengetengahkan keunikan budaya dan warisan masyarakat tempatan menerusi pakaian tradisional, paluan taboh serta persembahan kebudayaan.

RASMI… Pemanca Charlie Salang, Ketua Polis Daerah Kanowit, Junical Ujal, Allan Siden Gramong, Anyi Jana, Dato Sri Aaron Ago Dagang, Cerisologo dan Temenggong Stanley Geramong memotong reben semasa perarakan Niti Daun.

Acara dimulakan dengan upacara miring pada 8.00 pagi sebelum perarakan bermula sejam kemudian dalam suasana penuh meriah.

Para peserta tampil dengan pelbagai busana tradisional lengkap dengan hiasan manik, tengkolok dan kain pua kumbu yang mencerminkan identiti budaya masing-masing.

PESERTA perarakan mengenakan busana tradisional pelbagai etnik sambil memeriahkan perarakan Niti Daun.

Selain itu, beberapa kontinjen turut mempersembahkan alunan muzik etnik dan seruan tradisional yang menarik perhatian pengunjung sepanjang laluan perarakan.

Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang hadir memeriahkan acara tersebut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana, ADUN Machan, Allan Siden Gramong serta Pegawai Daerah Kanowit Cerisologo Sabut.


KONTINJEN KEMAS 2 Kanowit berarak sambil mengenakan busana tradisional di perarakan Niti Daun.

Turut mengambil bahagian ialah kontinjen daripada agensi kerajaan, komuniti rumah panjang, persatuan kebudayaan dan pasukan keselamatan yang masing-masing menampilkan persembahan tersendiri.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita pengsan ketika mendaki di Bukit Selabat diselamatkan bomba
Next: Siasatan menyeluruh insiden renjatan elektrik di sekolah perlu disegerakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.