Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua bekas Menteri Pertahanan China didakwa rasuah dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan
  • GLOBAL

Dua bekas Menteri Pertahanan China didakwa rasuah dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan

Utusan Sarawak 9 hours ago
WEI Fenghe dan Li Shangfu didapati bersalah rasuah dijatuhi hukuman mati bersyarat, Foto AGENSI

BEIJING: Dua bekas Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan Li Shangfu, masing-masing dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun atas pertuduhan rasuah pada hari ini, lapor Xinhua.

Hukuman ke atas mereka dijatuhkan secara berasingan oleh Mahkamah Tentera China.

Kedua-dua Wei dan Li juga merupakan bekas Ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat serta bekas Ahli Majlis Negeri.

Menurut penghakiman mahkamah, Wei didapati bersalah menerima rasuah, manakala Li disabitkan atas kesalahan menerima dan menawarkan rasuah.

Mereka turut dilucutkan hak politik seumur hidup dan semua harta peribadi mereka akan dirampas.

Keputusan mahkamah menyatakan bahawa tiada pengurangan hukuman atau parol lanjut akan dibenarkan selepas hukuman mereka diringankan kepada penjara seumur hidup mengikut undang-undang, sebaik sahaja tempoh penangguhan dua tahun itu berakhir.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Letusan lava Gunung Berapi Mayon berterusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.