Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penjaja ingkar di Tamu Simanggang disita Majlis Daerah Sri Aman
  • Selatan
  • WILAYAH

Penjaja ingkar di Tamu Simanggang disita Majlis Daerah Sri Aman

Utusan Sarawak 7 hours ago
MDSA mengambil tindakan sitaan serta-merta terhadap barangan yang terlibat dalam operasi penguatkuasaan berkenaan, petang tadi. Foto: Majlis Daerah Sri Aman

SIMANGGANG: Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) memperhebat tindakan penguatkuasaan di Tamu Harian atau lebih dikenali sebagai Tamu Simanggang susulan masih terdapat penjaja yang didapati ingkar terhadap arahan dan peraturan ditetapkan.

Menurut kenyataan media MDSA hari ini, operasi yang dijalankan mendapati masih ada penjaja bertindak menempah ruang niaga secara tidak sah meskipun pelbagai peringatan telah diberikan sebelum ini.

MDSA memaklumkan pihaknya sebelum ini telah mengeluarkan teguran lisan, Notis Pemberitahuan serta hebahan menerusi media sosial sebagai langkah awal mendidik dan memberi kesedaran kepada para penjaja.

“Bagaimanapun, tindakan tersebut dipercayai masih gagal dipatuhi segelintir penjaja yang terus melanggar syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu,” kata MDSA dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, MDSA mengambil tindakan sitaan serta-merta terhadap barangan yang terlibat dalam operasi penguatkuasaan berkenaan.

MDSA mengambil tindakan sitaan serta-merta terhadap barangan yang terlibat dalam operasi penguatkuasaan berkenaan, petang tadi. Foto: Majlis Daerah Sri Aman

Barangan yang disita kemudiannya dibawa ke Stor Sitaan Pejabat Majlis Daerah Sri Aman bagi tujuan tindakan lanjut mengikut prosedur dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

MDSA turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi garis panduan serta peraturan penjajaan di kawasan tamu harian berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan suasana perniagaan di Tamu Simanggang lebih teratur, selamat dan kondusif demi kesejahteraan awam.

Operasi sitaan tersebut melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Kesihatan Awam MDSA serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Gelanggang tinju baharu bakal dibina di Saratok, hasrat lahirkan petinju bertaraf antarabangsa
Next: Projek RTP atasi masalah parkir di Lorong 17A Skim Penempatan Semula Stampin siap dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.