Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • xAI tidak lagi beroperasi sebagai syarikat berasingan – Musk
  • GLOBAL

xAI tidak lagi beroperasi sebagai syarikat berasingan – Musk

Utusan Sarawak 13 hours ago
ELON Musk mengatakan xAI tidak akan lagi beroperasi sebagai syarikat berasingan. Foto AGENSI

SAN FRANCISCO: Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk pada Rabu berkata firma kecerdasan buatan (AI) xAI tidak lagi akan beroperasi sebagai syarikat berasingan, lapor Xinhua.

“xAI akan dibubarkan sebagai syarikat berasingan, jadi ia hanya akan menjadi SpaceXAI, iaitu produk AI daripada SpaceX,” kata Musk menerusi platform sosial X sebagai respons kepada hantaran mengenai penstrukturan semula perniagaan xAI.

Kenyataan yang disiarkan pada Rabu di laman sesawang xAI di bawah nama “SpaceXAI” memaklumkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan firma AI AS Anthropic untuk mengakses Colossus 1, yang digambarkan sebagai antara superkomputer AI terbesar dan paling pantas dibangunkan di dunia.

Ditubuhkan oleh Musk pada 2023, xAI membangunkan produk termasuk chatbot AI Grok. 

Syarikat itu memaklumkan di laman sesawangnya pada Februari bahawa SpaceX telah mengambil alih xAI. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Seorang maut, lima dirawat di hospital selepas makan cendawan hutan di Vietnam
Next: Dua penduduk Singapura di atas MV Hondius diasingkan selepas terdedah kepada hantavirus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.