Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kejayaan qari dan qariah bukti keberkesanan pembangunan bakat al-Quran Sarawak
  • TEMPATAN

Kejayaan qari dan qariah bukti keberkesanan pembangunan bakat al-Quran Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Ismawi Duet dan Nursyakura Mohd Musa ketika menjadi tetamu program Juh Randau anjuran UKAS di Kuching. Foto Ukas

KUCHING: Kejayaan berterusan wakil Sarawak dalam pertandingan tilawah al-Quran membuktikan keberkesanan pendekatan pembangunan bakat yang tersusun sekali gus mengangkat martabat negeri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penyelia Guru al-Quran Utama Pusat Pembangunan al-Quran Darul Hana di bawah Majlis Islam Sarawak, Dato Ismawi Duet berkata, pencapaian tersebut menjadi pemangkin untuk terus melahirkan qari dan qariah yang berkemampuan tinggi.

Menurut beliau, kejayaan itu memberi suntikan semangat kepada Sarawak dan membuktikan negeri ini mampu berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain serta berpotensi melangkah lebih jauh di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Juh Randau anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), semalam.

NURSYAKURA Mohd Musa berkongsi pengalaman serta cabaran sepanjang menyertai pertandingan tilawah al-Quran sehingga muncul johan kebangsaan. Foto Ukas

Katanya lagi, kejayaan tersebut adalah hasil sokongan padu kerajaan Sarawak selain latihan intensif dan bimbingan berterusan yang memberi penekanan terhadap aspek tajwid, taranum serta penjagaan kesihatan peserta.

Sementara itu, Johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H/2026M, Nursyakura Mohd Musa menzahirkan rasa syukur atas kemenangan diraih yang disifatkan sebagai rezeki dan hasil usaha pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, kemenangan ini bukan milik saya seorang, tetapi hasil tunjuk ajar guru-guru serta sokongan ibu bapa, keluarga dan kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata cabaran terbesar adalah untuk mengekalkan konsistensi latihan dan mengawal perasaan gemuruh, namun berjaya diatasi menerusi sokongan serta kekuatan rohani.

Nursyakura yang sebelum ini telah enam kali menyertai pertandingan tilawah turut memperoleh markah keseluruhan tertinggi hasil persediaan rapi sejak awal melibatkan latihan konsisten, disiplin menjaga kesihatan serta pengukuhan mental dan spiritual.

Tambah beliau, persiapan kini sedang dipergiat sebagai persediaan menghadapi pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober depan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Sarawak pelopor sistem Marine Cadaster pertama negara menjelang 2029
Next: KKM akan keluar pekeliling baharu berkaitan garis panduan waktu bekerja PPS – Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.